fbpx

1,340 kes positif, tiga kluster baharu dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes positif Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini melaporkan sebanyak 1,340 kes dengan kes tertinggi kekal dicatatkan di Selangor sebanyak 441 kes menjadikan jumlah kes positif sebanyak 93,309 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,337 kes adalah penularan tempatan manakala tiga adalah kes import.

“Terdapat tiga kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Metropolis di Kuala Lumpur, Kluster Estate Maju di Sabah dan Kluster Batu 39 di Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, empat lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan membabitkan tiga warganegara dan satu warga asing menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 437.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 1,067 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 77,309 setakat hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI