fbpx

Usaha Tunku Ismail dikagumi – Vincent

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINCENT mengagumi kepimpinan Tunku Ismail yang sekali lagi mengangkat martabat Liga M dalam peta bola sepak dunia.

PEMILIK Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan memuji kepimpinan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berjaya meletak nama Malaysia di peta bola sepak dunia.

Sejarah tercipta apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) me­ngumumkan kerjasama antarabangsa dengan UNICEF sekali gus menjadi kelab pertama Asia bekerjasama dengan organisasi terkemuka dunia itu.

UNICEF adalah sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi bantuan kemanusiaan dan pembangunan kanak-kanak di seluruh dunia.

Justeru, Vincent optimis kerjasama itu mendapat pengiktirafan daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa malah menaikkan nama Malaysia dan JDT di seluruh dunia.

Jelas Vincent, beliau cukup mengagumi kepimpinan Tunku Ismail yang sekali lagi memartabat Liga Malaysia (Liga M) dalam peta bola sepak dunia.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tunku Ismail atas kerjasama dengan UNICEF dan ia satu pencapaian cukup hebat, sebaris Barcelona dan Manchester United yang memiliki kerjasama dengan UNICEF.

“Sudah pasti pencapaian ini bakal membuka mata banyak pihak kepada JDT dan bola sepak Malaysia.

“Covid-19 telah melukakan industri bola sepak tetapi saya percaya sebaik wujud vaksin nanti, bola sepak akan bangkit dan kita semua akan mengatasi masalah yang disebabkan pandemik ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI