fbpx

Tiga pos kawalan PGA dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHARI Nusi (kanan) meninjau situasi terkini pos kawalan Sharifah yang ditenggelami air Sungai Golok di Rantau Panjang.

RANTAU PANJANG – Tiga buah pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang mula ditenggelami banjir susulan hujan lebat.

Tiga pos kawalan itu adalah Ibrahim Pencen, Sharifah dan Mek Gombak selepas air Sungai Golok melepasi paras bahaya.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada beberapa pos kawalan lagi akan berdepan situasi sama berpandukan kepada paras air Sungai Golok yang semakin menaik ketika ini.

Menurutnya, pada masa ini, anggota di tiga pos tersebut telah dipindahkan untuk keselamatan mereka.

“Bagaimanapun, penguatkuasaan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand tetap dijalankan dan dikawal ketat.

“Kami telah mengatur rondaan dan pemantauan bagi mengekang pihak yang bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan,” katanya.

Azhari memberitahu, PGA sedia berdepan sebarang cabaran di musim banjir ini bagi memastikan kawalan sempadan negara berada pada tahap terbaik.

Katanya, hal ini bertepatan dengan amanah yang telah diberikan kepada PGA. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI