fbpx

Tetap seludup barang ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pos Terusan di Rantau Panjang sudah ditenggelami air Sungai Golok sejak malam tadi.

RANTAU PANJANG – Aktiviti penyeludupan dilihat masih dijalankan oleh penyeludup meskipun beberapa pangkalan haram di sini mula ditenggelami air sejak semalam.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Datuk Shafien Mamat berkata, susulan itu, Pasukan Gerakan Am (PGA ) Batalion 7 akan terus mempertingkatkan kawalan di sempadan untuk membanteras aktiviti penyeludupan membabitkan barangan kontraban dan makanan.

Katanya, dalam situasi banjir, penyeludup lebih mudah melakukan kegiatan itu kerana bot yang membawa barangan apabila kawasan penyeludupan berada dekat dengan rumah mereka.

“Sudah menjadi rutin harian mereka untuk melakukan aktiviti penyeludupan kerana mereka hidup dengan berniaga.

“Kita lihat beberapa pangkalan haram termasuk pangkalan haram MCA, Ibrahim Pencen dan Syed Agil dekat dengan rumah penduduk. Keadaan ini memudahkan mereka untuk menyeludup masuk barangan dari negara jiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan di lima buah pos PGA yang telah ditenggelami air.

Mengulas lanjut Shafien berkata, lima daripada 13 pos PGA sudah mula dinaiki air sedalam dua meter dengan tiga daripadanya sudah ditutup.

Beliau berkata, anggota yang ditempatkan di pos berkenaan telah dibawa keluar dan ditempatkan di pos lain.

“Mereka tetap menjalankan tugas rondaan di sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan.

“Penugasan Ops Benteng bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 di negara ini masih diteruskan termasuk memantau keadaan banjir bersama dengan agensi penguatkuasa yang lain,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI