KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat tiba di Masjid Ar Rahah, Kerinchi di sini kira-kira 9.20 pagi tadi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.
Turut bersama baginda ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga berangkat tiba di masjid tersebut pukul 9.50 pagi tadi.
Terdahulu kira-kira pukul 9 pagi, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed tiba di masjid berkenaan.
Jenazah arwah Tun Rahah tiba di masjid tersebut pukul 7.50 pagi tadi untuk dimandi dan dikafankan.
Allahyarham akan dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara selepas solat Zuhur nanti. – K! ONLINE