fbpx

Sasar sejuta remaja jadi ahli KafeTEEN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelab Kami Anak Putrajaya meluangkan masa di Pusat Remaja KafeTEEN pada Majlis Pelancaran #JOMCHILLOUT@kafeTEEN di Dataran Fasa 4B Presint 8 di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyasarkan untuk menambah sehingga sejuta remaja menjadi ahli program KafeTEEN pada tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, sasaran itu tidak mustahil dicapai menerusi pelbagai program diatur seluruh negara termasuk penggunaan pusat mobile atau bergerak.

“Setakat ini, kita ada sebuah trak diubah suai jadi premis mudah alih Pusat Remaja KafeTEEN dan saya berharap bilangannya ditambah kepada 10 buah dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Program #JomChillOut @ KafeTEEN dan Pusat Remaja KafeTEEN mobile di kejiranan Fasa B, Presint 8 di sini hari ini.

Program itu anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu turut dihadiri Pengerusinya, Datuk Mohd. Nizar Zakaria dan Ketua Pengarahnya, Abdul Shukur Abdullah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI