fbpx

‘Private party’ dalam rumah tumpangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung rumah tumpangan yang mengadakan 'private party' ditahan polis dalam Ops Noda di Jalan Bakek, Pontian malam tadi.

JOHOR BAHRU – Sebuah rumah tumpangan di Jalan Bakak, Pontian diserbu polis dalam Ops Noda kerana mengadakan ‘private party’, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.47 malam itu, sepasukan polis terpaksa memecahkan pintu premis tersebut setelah pelanggan di dalam menyorok dan bersembunyi di bahagian belakang premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, bertindak atas maklumat orang awam, polis telah menyerbu rumah tumpangan terbabit.

Katanya, semasa serbuan dilakukan, didapati premis terbabit dalam keadaan malap dan terdapat pelanggan berhibur sambil minum minuman keras di dalam premis yang berkunci itu.

“Setelah memperkenalkan diri, polis mendapati semua pengunjung melarikan diri ke bahagian belakang premis dan pihak polis telah mengambil tindakan memecahkan pintu premis terbabit.

“Polis terpaksa memecahkan pintu premis sebelum menahan lima lelaki dan dua wanita tempatan berusia 40 hingga 60 tahun yang berada di dalam premis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah pembesar suara, dua buah mikrofon, seunit pemain cakera padat, lampu disko dan wang tunai sebanyak RM 200 di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Pontian.

“Pemilik premis turut ditahan atas kesalahan menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen dibwah Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan( EHDTH) 4/98 Johor.

“Pengunjung premis pula dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI