fbpx

Pangkalan udara tentera AS di Afghanistan dibedil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA penduduk mengusung mayat mangsa serangan bom di sebuah hospital di Ghazni, Afghanistan semalam sehari sebelum serangan roket di Pangkalan Udara Bagram di Parwan. - AFP

KABUL – Pangkalan udara utama tentera Amerika Syarikat (AS) di utara Kabul menjadi sasaran serangan roket hari ini, namun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan, kata pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara dan pihak berkuasa Afghanistan.

Jurucakap gabenor wilayah, Waheeda Shahkar berkata, sebanyak lima buah roket dilancarkan ke arah Pangkalan Udara Bagram di Parwan pada pukul 6 pagi tadi (waktu tempatan).

Waheeda berkata, sejumlah 12 buah roket yang dipasang pada sebuah kenderaan yang mana lima daripadanya dilancarkan ke arah pangkalan tersebut, manakala selebihnya berjaya dimatikan pihak berkuasa.

“Beberapa buah roket telah dilancarkan ke arah Pangkalan Udara Bagram pagi ini. Laporan rasmi memaklumkan tiada sebarang kehilangan nyawa dan pangkalan udara tersebut tidak mengalami sebarang kerosakan,” katanya.

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut, sementara Taliban menafikan tidak terlibat dengan insiden berkenaan.

Terdahulu, kumpulan pelampau Daesh pernah mengaku bertanggunjawab terhadap serangan sedemikian di pangkalan sama pada April lalu.

Selain itu, kumpulan tersebut juga mengaku bertanggunjawab terhadap beberapa siri insiden di Kabul termasuk serangan dua buah roket yang menyasarkan sebilangan kawasan penduduk di ibu kota berkenaan yang mengakibatkan kematian.

Dalam pada itu, serangan pagi tadi itu berlaku sehari selepas insiden 15 kanak-kanak terbunuh dalam letupan bom motosikal berhampiran acara sambutan keagamaan di timur Ghazni.

Pihak berkuasa Afghanistan menuduh serangan dilakukan oleh puak Taliban.

Beberapa siri keganasan di Afghanistan dilaporkan berlaku baru-baru ini walaupun pihak kerajaan dan Taliban sedang dalam rundingan damai bagi mengakhiri peperangan di negara tersebut.

Taliban telah melancarkan serangan hampir setiap hari dengan menyasarkan anggota keselamatan Afghanistan yang mengakibatkan ratusan terbunuh dan cedera.

Sementara itu, pada awal minggu ini di Qatar, Ketua Angkatan Tentera AS, Jeneral Mark Milley mengadakan perjumpaan luar biasa bersama wakil Taliban bagi menyeru kumpulan terbabit mengurangkan serangan keganasan di Afghanistan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI