fbpx

Liverpool mengamuk belasah Palace

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain-pemain Liverpool meraikan kemenangan besar ke atas Palace sebentar tadi.

LONDON – Liverpool terus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Crystal Palace 7-0 di Selhurst Park sebentar tadi.

Meskipun memulakan perlawanan tanpa kelibat bintang utama, Mohamed Salah, namun The Reds tidak berdepan sebarang masalah apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi Takumi Minamino.

Ketika pasukan tuan rumah ghairah memburu gol penyamaan, pintu gol Palace bocor lagi menerusi rembatan kencang Sadio Mane pada minit ke-35 sebelum Roberto Firmino meledak gol ketiga sembilan minit kemudian.

Bersambung babak kedua, The Reds tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila kapten, Jordan Henderson meledak gol keempat menerusi percubaan luar kotak penalti pada minit ke-52.

Kemudian Firmino menjaringkan gol kedua peribadi 16 minit kemudian bagi meletakkan Liverpool lima gol di depan sebelum dia dikeluarkan dan digantikan oleh Salah.

Percaturan The Reds memasukkan Salah membuahkan hasil apabila pemain antarabangsa Mesir itu meledak dua gol bagi melengkapkan kemenangan bergaya skuad kendalian Jurgen Klopp.

Liverpool akan melayan kunjungan West Bromwich Albion di Anfield 28 Disember ini sebelum bertandang ke Stadium St. James Park menentang Newcastle United tiga hari kemudian.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI