fbpx

Itik direman bantu siasatan kes ragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang dikenali sebagai Itik ditahan menerusi serbuan Ops Rentap di sebuah rumah di Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dikenali dengan gelaran ‘Itik’ yang memiliki beberapa rekod jenayah lampau ditahan polis semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian ragut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung satu kejadian ragut telefon bimbit pada 27 Oktober lalu daripada seorang wanita berusia 31 tahun di sebuah stesen minyak di sini.

“Susulan risikan yang dilakukan, satu serbuan Ops Rentap telah dilakukan di sebuah rumah di Taman Medan Cahaya di sini kira-kira pukul 11.15 malam semalam dan berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang dikenali dengan gelaran Itik.

“Semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah malah suspek turut mengaku melakukan jenayah ragut di kawasan Petaling Jaya secara sendirian,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Nik Ezanee, suspek mendakwa telah menjual telefon bimbit yang diragutnya kepada seorang lagi suspek bernama Azri dan lelaki berkenaan telahpun ditahan pada 28 November lalu.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan.

“Siasatan kini masih lagi dijalankan ke atas suspek bagi melihat pembabitan suspek dalam kes jenayah terutamanya ragut atau samun khususnya dalam daerah Petaling Jaya,” ujar beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI