fbpx

Ikmal Amry, isteri selamat diijabkabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Ikmal Amry selamat bergelar suami kepada Najla Shamsul dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung hari ini.

PETALING JAYA – Dengan sekali lafaz, pelakon Ikmal Amry selamat bergelar suami kepada Najla Shamsul dalam majlis pernikahan yang diadakan di kediaman pengantin perempuan hari ini.

Pada majlis tersebut, Ikmal menyerahkan mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM15,000 serta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang.

“Alhamdulillah, majlis hari ini berjalan lancar. Majlis pagi ini hanya membabitkan keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat.

“Sebelum majlis bermula Ikmal ada cakap dia gementar. Selepas sah dinikahkan, saya tengok dia menangis. Lima bulan sebelum nikah dia sudah siapkan semuanya dari segi keperluan dan apa yang perlu dibeli,” kata pengurus Ikmal, Ben Ali.

Majlis akad nikah disempurnakan bapa pengantin perempuan, Shamsul Kamar yang turut dihadiri kedua-dua belah keluarga dan rakan rapat.

Pasangan itu akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan sebelah pihak lelaki di Melaka, malam ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI