PERLAWANAN ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal menguji kemampuan setiap pengurus Fantasi Liga Perdana Inggeris (FPL) memilih kesebelasan terbaik untuk mengutip mata buat pasukan masing-masing.
Kelibat bintang Liverpool, Mohamed Salah dan penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min semestinya menjadi pilihan wajib dalam pasukan FPL apabila kedua-dua pemain sudah menjaringkan 11 gol setakat ini.
Pilihan Kosmo! kembali menemui pembaca untuk berkongsi tips bagi membentuk pasukan FPL terbaik minggu ini.
