fbpx

Dahi ‘terbelah’, Shima Anuar takut kena jahit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dahi Shima Anuar yang koyak dan kelihatan seperti terbelah.

PETALING JAYA – Pelakon Shima Anuar sanggup tidak mahu ke hospital gara-gara takut terkena jahitan walaupun dahinya kelihatan seperti hampir terbelah.

Menurut Shima atau nama sebenarnya Noor Hashima Anuar, 29, dia tidak pasti bagaimana kejadian tersebut berlaku selepas berasa hendak pitam sebelum terhantuk pada sesuatu objek tajam dipercayai bucu dinding.

“Alhamdulillah saya baik-baik sahaja, jangan risau. Pagi tadi saya bangun hendak ke tandas dan tiba-tiba rasa nak pitam.

“Keluar dari tandas rasa tidak larat dan terhantuk sesuatu sama ada bucu almari atau dinding,” ujarnya.

Menerusi satu perkongsian video dalam Instagram miliknya, pelakon filem Highland Tower itu menunjukkan kecederaan dahinya yang kelihatan terbelah sambil dirawat oleh suaminya, Mohd. Solih Toha.

Dalam video tersebut, kelihatan suaminya telah menggunakan pembalut luka (plaster) dan menampalnya pada dahi isterinya.

Shima memberitahu, dia tidak mahu pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan kerana takut dijahit.

“Saya tidak pergi ke klinik pun sebab takut dijahit. Setakat ini semuanya okey sahaja.

“Terima kasih atas keprihatinan anda semua,” katanya.

Shima telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang juga ahli perniagaan pada 8 April 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Marian Sophia, 3, dan Mikhael Iman yang kini berusia setahun.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI