fbpx

City belum kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUNDOGAN

MANCHESTER – Pemain te­ngah Manchester City, Ilkay Gundogan enggan mengibarkan bendera putih dalam usaha memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang aksi penting menentang Southampton di Stadium St. Mary malam ini.

Sebagai rekod, skuad kendalian Pep Guardiola itu beraksi di bawah tahap sebenar pada saingan EPL musim ini selepas sekadar meraih keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir ketika bertemu Manchester United dan West Bromwich Albion.

Kata Gundogan, tahap saingan kali ini sangat pelik khususnya buat The Citizens kerana gagal mencapai rentak konsisten seperti yang diramal apabila hanya mampu menduduki tangga kesembilan liga ketika ini.

“Kami telah mengharungi dua perlawanan sukar sebelum ini dan perlu segera lupakan kekecewaan meskipun sudah berusaha keras untuk meraih kemenangan. Mungkin ia di­sebabkan setiap pasukan yang kami temui mengamalkan corak bertahan.

“Saya harap situasi berbeza ketika menentang Southampton kerana mereka mempamerkan corak permainan terbuka. Barisan pemain tidak boleh menyerah kalah, sebaliknya terus berusaha membantu pasukan meraih tiga mata penuh,” katanya.

Sementara itu, Guardio­la mene­gaskan, sudah tiba ma­sanya pemain-pemain menggandakan usaha untuk kembali berada pada landasan kemenangan, namun dalam masa sama mereka tidak meman­dang rendah ke­upa­­yaan Southampton.

“Ini adalah perla­wa­nan pen­ting buat kami se­lepas gagal mencapai keputusan positif dalam dua perlawanan terdahulu. Saya harap kami dapat meraih kemenangan tetapi tidak boleh me­man­dang rendah kualiti yang ada pada pasukan tuan rumah,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI