fbpx

Asteroid bertembung orbit Bumi Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang diedarkan oleh Balai Cerap Eropah Selatan pada 8 Mei 2018 menunjukkan sebutir asteroid kelas Aten. – AFP

LONDON – Sebuah asteroid lebih besar daripada Menara Condong Pisa di Itali dijangka bertembung dengan orbit Bumi minggu depan, lapor akhbar Daily Star.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), batu angkasa yang dinamakan 2017 XQ60 itu dijangka bertembung dengan orbit Bumi pukul 2.18 petang (waktu tempatan) pada 21 Disember ini.

Asteroid XQ60 mempunyai saiz lebih sekali ganda lebih besar daripada Menara Condong Pisa dengan ukuran 78 meter (m) panjang dan lebar 35m.

Selain itu, NASA dalam satu kenyataan berkata, asteroid berkenaan bergerak pada kelajuan 15 kilometer (km) sesaat atau 54,000 km sejam.

Tambah kenyataan tersebut, NASA sedang memantau rapi asteroid berkenaan hingga ia berada pada jarak selamat dari Bumi.

 

 

MENARA Condong Pisa. – AFP

 

Objek berkenaan dikelaskan sebagai asteroid Aten iaitu batu angkasa yang mengorbit hampir dengan Bumi.

Asteroid kelas Aten dikatakan mempunyai ‘kelakuan’ tidak dapat dijangka dan merupakan batu angkasa yang berisiko tinggi untuk menghentam planet ini.

Bagaimanapun, ahli-ahli astronomi meramalkan asteroid XQ60 akan melintasi planet ini dengan selamat.

Sementara itu, ahli-ahli astronomi turut menjangkakan sebutir lagi batu angkasa bakal melintasi Bumi empat hari selepas asteroid XQ60 berlalu.

Asteroid tersebut yang dina­makan 501647, akan membuat lintasan pada kelajuan 36,000 km sejam dan mempunyai ukuran 90m lebar dan panjang 210m.

Ukuran tersebut menjadikan batu angkasa berkenaan adalah salah satu asteroid terbesar yang akan melintasi Bumi bulan ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI