fbpx

Anugerah Puskas milik Heung-min

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN dinobatkan sebagai pemenang Anguerah Puskas 2020. - AFP

LONDON – Gol solo ketika menentang Burnley musim lalu membawa tuah buat penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min apabila jaringan itu berjaya memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2020.

Gol penyerang Korea Selatan tersebut terpilih memenangi Anugerah Tahunan FIFA mengetepikan dua lagi jaringan hebat daripada Luis Suarez yang ketika itu mewakili Barcelona dan Giorgian de Arrascaeta bersama Flamengo.

Heung-Min menjelaskan, gol itu terhasil apabila dia terpaksa melakukan larian solo untuk melakukan serangan balas pantas sewaktu menentang Burnley musim lalu.

“Pada ketika itu, saya lihat Dele (Alli) melakukan larian tetapi dia dikawal oleh pemain-pemain Burnley.

“Ketika itu saya terfikir untuk cuba melakukan larian sejauh yang boleh. Namun, saya sendiri tak jangka dapat masuk ke dalam kotak penalti dan melakukan ja­ringan.

“Saya tak anggap ia istimewa kerana fokus saya lebih kepada memenangi perlawanan buat Spurs. Bagaimanapun, selepas menontonnya kembali, barulah saya fikir ia satu gol yang sangat istimewa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI