fbpx

Aktiviti sukan dibenarkan 1 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan pihak kerajaan sudah memberi ‘lampu hijau’ untuk aktiviti sukan dan rekreasi dilangsungkan semula bermula 1 Januari depan.

Malah, penganjuran kejohanan peringkat tempatan turut dibenarkan dengan kehadiran maksimum 10 peratus daripada kapasiti stadium atau 4,000 penonton.

Ismail Sabri berkata, kelonggaran tersebut hanya diberikan dengan syarat aktiviti sukan berkenaan dilangsungkan di kawasan yang diarahkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Aktiviti sukan dan rekreasi sudah dibenarkan bermula 1 Januari depan dengan kehadiran penonton sebanyak 10 peratus berbanding kapasiti atau maksimum 4,000 penyokong tetapi kelonggaran tersebut hanya diberikan di kawasan PKPP.

“Sebagai contoh, Stadium Nasional Bukit Jalil mempunyai kapasiti 80,000 dan jumlah 10 peratus adalah 8,000 penyokong. Namun, kerajaan hanya membenarkan kehadiran tetap sebanyak 4,000 penonton sahaja.

“Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebarang penganjuran sukan tetap dibenarkan tetapi tanpa kehadiran penyokong,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya semalam.

Ismail Sabri turut mengesahkan setiap pergerakan atlet negara yang mahu ke luar negara untuk menyertai pertandingan antarabangsa perlu mendapat kelulusan Jabatan Imigresen terlebih dahulu.

“Atlet tempatan yang mahu ke luar negara perlu mendapat kebenaran Jabatan Imigresen dan situasi sama berlaku buat atlet luar negara yang mahu menyertai kejohanan antarabangsa di Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI