fbpx

Abdul Rashid dilantik Presiden FAP baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid

GEORGE TOWN – Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Abdul Rashid Ismail dipilih sebulat suara sebagai Presiden FAP baharu bagi tempoh 2020 hingga 2022.

Abdul Rashid, 77, yang mempunyai pengalaman selama 50 tahun dalam pengurusan bola sepak Pulau Pinang dipilih memegang jawatan itu berkuat kuasa hari ini menerusi Mesyuarat Agung Tahunan FAP 2020 yang berlangsung di sini petang tadi.

Sebelum ini, jawatan tersebut disandang Dr. Amar Pritpal Abdullah namun terpaksa digantikan baharu selepas beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pasukan Penang FC (PFC).

Abdul Rashid berkata, dia mempunyai misi dan azam yang tinggi dalam mengembalikan semula era kegemilangan bola sepak dalam kalangan belia termasuk sekolah-sekolah di Pulau Pinang.

“Perancangan saya akan wujudkan semula liga tempatan sekali gus menumpukan kepada pembangunan sukan bola sepak melibatkan anak-anak muda di negeri ini.

“Saya akan cuba mencari sumber kewangan untuk mengaktifkan kembali sukan ini. Konsentrasi adalah untuk anak muda yang baharu termasuk menyelesaikan masalah hutang yang ada,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam mesyuarat tersebut, Mohd. Azizudin Mohd. Shariff dilantik sebagai Timbalan Presiden FAP manakala Naib Presidennya pula ialah Kathiresan Letchumanam dan Faizul Abdul Rashid.

Abdul Rashid memberitahu, perlawanan melibatkan liga-liga tempatan musim depan akan berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang di George Town. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI