fbpx

Tun Rahah diberi penghormatan ‘Istiadat Pengebumian Negara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail.

PUTRAJAYA – Allahyarhamah Tun Rahah Tan Sri Mohd. Noah, ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diberi penghormatan ‘Istiadat Pengebumian Negara’.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur esok.

“Kerajaan memutuskan supaya Allahyarhamah diberi penghormatan ‘Istiadat Pengebumian Negara’,” katanya dalam satu kenyataan rasmi di sini hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin menzahirkan ucapan takziah kepada Najib dan seluruh ahli keluarga beliau di atas kepulangan Allahyarhamah ke rahmatullah.

“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang beriman,” katanya.

Allahyarhamah Tun Rahah meninggal dunia di Hospital Prince Court di Kuala Lumpur hari ini pada usia 87 tahun. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI