fbpx

Trend Orang Asli ketagih arak membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMPUNG Orang Asli di sekitar Pos Brooke, Gua Musang dikatakan mula terdedah budaya minum arak dalam kalangan penduduk setempat.

GUA MUSANG – Budaya minum arak dalam kalangan Orang Asli di sekitar Pos Brooke dekat Ta­nah Tinggi Lojing di sini semakin membimbangkan.

Penghulu Pos Brooke Lama, Rian Bujang berkata, minuman keras terutamanya bir bukan sahaja disukai oleh golongan belia, malah turut menjadi pilihan individu pertengahan usia kerana mudah dibeli.

Katanya, sejak kebelakangan ini, berlaku banyak krisis rumah tangga dan hubungan tidak harmoni dalam kalangan Orang Asli dipercayai berpunca daripada minuman keras.

“Selain saya sendiri, penghulu Orang Asli di kawasan perkampungan lain sentiasa membincangkan mengenai masalah minuman keras kerana bukan sahaja memudaratkan diri individu malah keluarga dan penduduk setempat.

“Sama ada tua atau muda, pengambilan minuman keras ini sukar dikawal dan mendatangkan masalah kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau yang telah berkeluarga,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! di sini semalam.

Akhbar Kosmo! kelmarin melaporkan, seorang wanita Orang Asli ditemui mati dipercayai dicekik suaminya dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Liak, dekat Pos Brooke.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12 tengah hari, ketika mangsa berusia 38 tahun bersama suaminya berada di rumah mereka sebelum berlaku pertengkaran.

Suami yang menyedari isterinya sudah tidak bernyawa bertindak minum minuman keras sehingga mabuk dan meminum racun rumput untuk membunuh diri.

Sementara itu, Penghulu Kampung Sengsang, Pos Brooke, Nasir Busu, pula berkata, bekalan minuman keras mudah didapati menyebabkan perbuatan itu semakin menular kepada anak muda kaum itu termasuk mereka yang berusia belasan tahun.

Katanya, dia tidak menyalahkan individu atau kedai yang menjual minuman keras memandangkan pihak berkenaan mempunyai lesen untuk berbuat demikian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI