fbpx

Ronda setiap tiga jam pantau Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan tinjauan paras air Sungai Golok di kawasan Pekan Lama Rantau Panjang hari ini.

RANTAU PANJANG – Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Rantau Panjang menjalankan rondaan setiap tiga jam selepas air Sungai Golok melepasi paras bahaya ekoran hujan lebat sejak semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, rondaan itu bertujuan meninjau perkembangan terkini paras air sungai untuk memaklumkan kepada penduduk agar bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir.

Menurutnya, berdasarkan hasil pemantauan, beberapa kawasan rendah berhampiran Sungai Golok dilihat sudah dinaiki air.

“Antara kampung yang sudah ditenggelami banjir ialah Lancang, Tersang, Putat 7 dan Siram.

“Melalui rondaan itu, kita dapat mengenalpasti bentuk muka bumi bagi memastikan operasi menyelamat dan memindahkan banjir di kawasan itu berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) Covid-19,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Imran memberitahu, beliau menasihat penduduk di kawasan rendah supaya sentiasa waspada dengan situasi semasa paras air Sungai Golok selain bersedia untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara.

Sementara itu, laman web infobanjir.water.gov.my sehingga pukul 4 petang tadi menunjukkan paras air Sungai Golok sudah melepasi paras amaran iaitu 9.41 meter.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI