fbpx

Petugas kesihatan di Lembah Klang berkait peningkatan kes komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Seramai 280 petugas sedang menerima rawatan di hospital dan dalam keadaan stabil dengan kadar sembuh sebanyak 84.2 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa sama, seramai 1,697 petugas kesihatan pula sedang menjalani Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (HSO) sama ada di tempat kediaman atau di stesen kuarantin.

Menurutnya, peningkatan kes mendadak dalam kalangan petugas kesihatan di negeri-negeri Lembah Klang dipercayai berkait rapat dengan peningkatan kes dalam kalangan komuniti.

“Hospital di Lembah Klang melaporkan kes jangkitan tertinggi adalah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang (54 kes), Hospital Serdang (29 kes), Hospital Sungai Buloh (15 kes), Hospital Kuala Lumpur (10 kes), Hospital Ampang (lima kes) dan Hospital Selayang (empat kes).

“Situasi seumpama ini, iaitu peningkatan kes dalam kalangan petugas kesihatan pernah dialami oleh negeri Sabah ketika peningkatan penularan jangkitan dalam kalangan komuniti berlaku di sana,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, kes-kes di kesemua hospital yang terlibat masih dalam keadaan terkawal dan perkhidmatan kesihatan masih lagi diteruskan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI