fbpx

Pemimpin ucap takziah kepada keluarga Tun Rahah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemimpin kerajaan dan pembangkang mengucapkan takziah kepada keluarga ibu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah Mohamed Noah yang baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi.

Ucapan tersebut dibuat oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui laman Twitternya sebentar tadi.

“Menerima berita sedih mengenai perginya Tun Rahah Mohamed Noah, balu kepada Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua yang baru sahaja kembali ke rahmatullah.

“Saya berdoa semoga allahyarhamah dicucuri rahmat dan maghfirah oleh Allah S.W.T dan mendapat husnul khotimah. Takziah kepada Datuk Seri Najib Razak dan keluarga Allahyarham,” ciapnya.

Sementara itu, turut mengucapkan takziah ialah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Takziah kepada Najib sekeluarga. Saya turut bersedih dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat,” ciapnya.

Semalam, Anwar bersama isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail sempat menziarahi Tun Rahah di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Najib turut mengesahkan berita kematian ibunya di laman Facebook. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI