fbpx

KDEBWM sedia tawar urus sisa sampah kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (dua kanan) menunjukkan Kotak Infaq hasil sumbangan warga KDEBWM di Ibu Pejabat syarikat itu di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor, hari ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – KDEB Waste Management (KDEBWM) bersedia menawarkan perkhidmatan pengurusan sisa sampah berjadual kepada semua kilang perindustrian di Selangor.

Inisiatif bagi mengurangkan risiko pencemaran itu dengan proses bermula daripada kutipan sehingga pelupusan sampah.

Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd. Tahir berkata, pihaknya kini dalam fasa akhir kajian sebelum membentangkannya kepada kerajaan Selangor tahun depan.

“Kita masih sedang mengkaji secara menyeluruh antaranya berkaitan faktor lesen,jumlah dan jenis kilang yang ada selain kos dan logistik.

“Sejurus selesai, kita akan menawarkan perkhidmatan pengurusan itu kepada kerajaan negeri untuk perincian lanjut,” katanya pada sidang akhbar sempena majlis penyerahan Kotak Infaq di Ibu Pejabat KDEBWM di sini, hari ini.

Kotak berisi barangan keperluan asas hasil sumbangan warga KDEBWM itu akan diagihkan kepada 145 penerima kurang berkemampuan dan terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ramli menegaskan pihaknya tidak berniat untuk bersaing dengan syarikat lain sebaliknya ingin membantu kerajaan negeri dalam pengurusan sisa sampah kilang dalam mengurangkan risiko pencemaran terutama sungai sehingga menyebabkan gangguan bekalan air.

Dalam perkembangan berlainan, beliau menjelaskan jumlah kutipan sampah di negeri ini kekal pada anggaran 10,000 tan sehari sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Jumlah itu melibatkan antara 6,500 hingga 7,000 tan sampah domestik manakala 3,000 pula bagi sampah perindustrian dan tidak menolak angka itu akan meningkat susulan pertambahan penduduk dan kawasan perumahan baharu,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI