fbpx

Inter ‘berpeluh’ sebelum menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU berjaya menyempurnakan sepakan penalti membolehkan Inter menewaskan Napoli 1-0 di San Siro awal pagi semalam. – INTER MILAN

MILAN – Walaupun mempamerkan prestasi kurang memuaskan, namun jaguh Itali, Inter Milan masih berupaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Napoli pada aksi Serie A di Stadium San Siro awal pagi semalam.

Kemenangan itu tidak hadir dengan mudah apabila Nerazzurri lebih banyak menahan serangan bertali arus daripada Napoli meskipun pihak lawan beraksi dengan 10 pemain selepas Lorenzo Insigne dilayangkan kad merah pada minit ke-71.

Ketua jurulatih Inter, Antonio Conte menganggap tiga mata itu amat bermakna kerana diraih ke atas salah satu pasukan pilihan musim ini sekali gus melonjakkan skuad bimbingannya ke tangga kedua Serie A di belakang musuh tradisi, AC Milan.

“Saya terima kemenangan ini walaupun kami tidak mengharungi satu perlawanan yang membanggakan. Kami terpaksa bermain secara taktikal dan berhati-hati kerana Napoli adalah satu pasukan yang hebat.

“Namun, saya gembira kerana kami berjaya keluar daripada perlawanan ini sebagai pemenang. Pemain perlu sedar kadang-kadang mereka terpaksa menderita dahulu sebelum me­raih kemenangan,” katanya.

Penyerang prolifik Inter, Romelu Lukaku muncul wira apabila menyempurnakan sepakan pe­nalti untuk meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-75.

Kemenangan itu menyaksikan Inter kini ketinggalan satu mata dengan pendahulu, Milan yang diikat Genoa 2-2, manakala juara bertahan, Juventus berdepan nasib sama apabila sekadar seri 1-1 dengan Atalanta dalam dua aksi yang berlangsung awal pagi semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI