fbpx

Buka kedai runcit walau banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahim sedang menyusun barangan jualan kedai runcitnya yang ditenggelami banjir di Perumahan Taman Rakyat Teluk Kalong di Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Meskipun kedai runcit dan rumahnya telah dinaiki air banjir sedalam kira-kira 600 meter, seorang peniaga kedai runcit di Perumahan Taman Rakyat Telok Kalong di sini tetap meneruskan perniagaannya.

Rahim Ibrahim, 52, berkata dia tetap meneruskan perniagaannya bagi membolehkan penduduk mendapatkan barang keperluan berikutan tiada kedai lain dibuka sejak kawasan itu dilanda banjir pada pukul 1 tengah hari tadi.

” Mula-mula fikir hendak tutup kedai tetapi pelanggan pula datang tidak putus-putus membeli roti dan makanan lain.

“Saya kasihankan pelanggan sebab ada yang tak sempat masak bila rumah masing-masing dinaiki air. Sekurang kurangnya apabila saya buka kedai, mereka boleh alas perut dahulu dengan membeli makanan yang ringan-ringan,”katanya ketika ditemui di kedai runcitnya di sini hari ini.

Rahim berkata, kejadian banjir tersebut merupakan kali pertama berlaku sejak tiga tahun dia menetap di perumahan tersebut.

“Saya harap banjir kali ini tak besar sebab saya tidak tahu mana hendak letak barang-barang jualan. Banjir ni kali pertama berlaku di kawasan ini dan memang di luar jangkaan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di kawasan perumahan itu mendapati penduduk mula membawa barang dan menyelamatkan diri masing-masing selepas kediaman mereka mula dinaiki air banjir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI