fbpx

13 keluarga dipindahkan ke PPS di Tanah Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENAM buah keluarga telah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Lawang, Tanah Merah selepas rumah mereka dinaiki air malam tadi.

TANAH MERAH – Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini bagi menempat 44 orang daripada 13 keluarga mangsa banjir yang terjejas akibat hujan yang tidak berhenti sejak kelmarin.

Tiga PPS itu adalah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kelewek, SK Lawang dan Dewan Serbaguna Padang Kijang.

Sekreteriat Pengurusan Bencana Jajahan Tanah Merah, Leftenan Pertahanan Awam, Abd. Fatah Abd. Aziz berkata, PPS di SK Kelewek dibuka pada pukul 7.00 petang semalam manakala SK Lawang pula dibuka setengah jam kemudian.

Menurutnya, PPS di Dewan Serbaguna Padang kijang pula mula dibuka pada pukul 10.10 semalam.

“PPS SK Kelewek menempatkan 20 mangsa daripada empat buah keluarga dan 12 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di PPS SK Lawang.

“Seramai 12 orang mangsa daripada tiga keluarga telah berpindah ke PPS di Dewan Serbaguna Padang Kijang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, semua mangsa berpindah sendiri ke PPS apabila air semakin naik di kawasan mereka.

Tambah Abd. Fatah, semua mangsa banjir yang terlibat tinggal di kawasan perumahan yang rendah dan mudah dinaiki air sekiranya berlaku hujan berterusan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI