fbpx

Wolves menang penuh dramatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETO (kiri) muncul wira pasukannya apabila meledak gol kedua Wolves untuk menewaskan Chelsea di Stadium Molineux awal pagi semalam. – AFP

WOLVERHAMPTON – Pengurus Wolverhampton Wanderes, Nuno Espirito Santo percaya, skuad kendaliannya perlu mencari jalan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyerang utama, Raul Jimenez.

Meskipun gagal mencipta lebih banyak peluang jaringan, namun Wolves masih mampu mencipta kejutan menewaskan Chelsea 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux awal pagi semalam.

“Saya sangat gembira dengan reaksi yang ditunjukkan barisan pemain selepas Chelsea menja­ringkan gol. Semua pemain tidak berputus asa memburu jaringan.

“Kedua-dua pasukan bermain seimbang pada separuh masa pertama. Namun, kami lebih berbahaya selepas waktu rehat walaupun tidak banyak mengancam pintu gol lawan,” kata Santo.

Chelsea terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Olivier Giroud (m-49) sebelum Daniel Podence menyamakan kedudukan buat Wolves menerusi satu percubaan menarik pada minit ke-66.

Kegagalan benteng pertahanan Chelsea menyekat larian deras Pedro Neto mengundang padah apabila penyerang muda Portugal itu berjaya melakukan rembatan deras menewaskan ­Edouard Mendy untuk meledakkan gol kemenangan Wolves pada minit ke-95.

“Saya sedar kami bergelut tanpa kehadiran Raul (Jimenez) tetapi Neto dan Podence berjaya menjalankan tugas dengan baik.

“Secara keseluruhan, kami perlu tingkatkan aspek serangan,” jelas Santo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI