fbpx

USM terpilih terajui Kursi UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azazi

GEORGE TOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) melakar kejayaan selepas terpilih sebagai universiti pertama di negara ini yang menerajui Kursi Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kursi UNESCO itu berkaitan dengan ‘Ecohydraulics for Sustainable Water Infrastructures for SDG 6 in the Asia and the Pacific Region’.

Kursi UNESCO pertama di USM dan di negara ini akan berpusat di Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar USM (REDAC) di Kampus Kejuruteraan USM Nibong Tebal dekat sini bagi tempoh empat tahun.

Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal, Prof. Dr. Nor Azazi Zakaria berkata, dengan pemilihan itu USM akan mengorak langkah sebagai hab pendidikan dan penyelidikan antarabangsa berkaitan infrastruktur air secara lestari.

“USM secara keseluruhannya akan memberi tumpuan terhadap keadaan di rantau Asia-Pasifik dalam menangani isu berkaitan serta memenuhi keperluan air bersih yang akan memberi impak kepada lebih 663 juta penduduk.

“SDG6 merujuk kepada ‘Sustainable Development Goal #6’, digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2015 yang menekankan isu berkaitan air bersih dan sanitasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI