fbpx

Undur diri tugas hos AME2020, siapa ganti Alif Satar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AME2020 mengumumkan pengunduran Alif Satar sebagai pengacara kerana ingin memberi ruang kepadanya pulih sepenuhnya dan kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Aliff Satar

PETALING JAYA – Walaupun sudah pulih daripada virus Covid-19, pengacara dan penyanyi, Alif Satar mengambil keputusan mengundurkan diri daripada mengacarakan Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) yang akan berlangsung Ahad ini.

AME2020 melalui satu kenyataan di Instagram rasminya, memaklumkan perkara tersebut dan pihaknya serta Alif sendiri telah mencapai kata putus sekali gus mengumumkan pengunduran artis berbakat besar itu sebagai pengacara.

“Awal tahun ini, kami telah mengumumkan Alif Satar sebagai pengacara bersama Nabil dan Jihan. Susulan berita bahawa Alif positif Covid-19, fokus kami yang utama adalah untuk melihat Alif pulih seperti sedia kala agar dapat kembali ke pangkuan keluarga tercinta dengan segera.

“Walaupun Alif kini telah pulih, kami masih mengambil berat akan tahap kesihatannya memandangkan peranan sebagai hos acara siaran langsung memerlukan kerahan tenaga yang banyak dan raptai siang malam yang sedikit sebanyak akan memberi tekanan mental dan fizikal.

Menurut kenyataan berkenaan lagi, Pihak MeleTOP dan Era juga mengalu-alukan cadangan orang ramai sebagai hos ketiga.

“Pihak kami sedang berusaha untuk mencari pengganti dan Insya-Allah kami akan umumkan hos baharu pukul 8 pagi esok di Era dalam segmen Johara Pagi Era.

“Walaubagaimanapun, jangan risau, Alif tetap akan memainkan peranan dalam AME2020,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd. Satar berkongsi sebuah video penyembelihan dua ekor kambing biri-biri sebagai tanda syukur atas kurniaan kesihatan dan rezeki pada tahun yang cukup mencabar buat dirinya.

“Saya telah diuji dengan bermacam dugaan. Beberapa bulan kebelakangan ini, memang cukup mencabar tetapi Alhamdulillah. Allah masih kurniakan rezeki dan kebahagian.

“Semoga ini (penyembelihan biri-biri) menjadi ubat buat segala penyakit dan dihindari dari segala bahaya,” luahnya menerusi Instagram.

22 November lalu, Alif mendedahkan dirinya positif Covid-19 dua hari selepas bertanding dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) episod pertama yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam, Selangor.

Selepas 12 hari mendapatkan rawatan dan menjalani kuarantin di Hospital Melaka, Alif akhirnya disahkan bebas daripada virus Covid-19 4 Disember lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI