fbpx

TLDM patahkan cubaan seludup 450 murai bernilai lebih RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMERIKSAAN menyeluruh di dalam bot tersebut menjumpai 45 bekas mengandungi muatan berisi hidupan dipercayai burung murai.

PETALING JAYA- Hasrat seorang tekong Indonesia untuk menyeludup burung murai tidak berjaya apabila ditahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) awal pagi tadi.

TLDM menerusi Kapal Diraja (KD) Gempita mengatur gerak lima bot pemintas dan sebuah bot Pasukan Polis Marin di sekitar Teluk Ramunia, Johor setelah menerima maklumat dari Sistem Pengawasan Laut Maritim yang mengesan satu kontak mencurigakan menuju ke perairan Teluk Ramunia.

“Salah satu bot TLDM telah menahan seorang tekong warganegara Indonesia dipercayai penyeludup dan sebuah bot dengan enjin berkapasiti 40 kuasa kuda tanpa permit dan dokumen yang sah pada pukul 12.22 tengah malam tadi.

“Pemeriksaan menyeluruh di dalam bot tersebut menjumpai 45 bekas mengandungi muatan berisi hidupan dipercayai burung murai,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan TLDM hari ini.

Nilai rampasan keseluruhan tangkapan dianggarkan bernilai sebanyak RM180,409 yang melibatkan 450 ekor burung murai bernilai RM165,409, sebuah bot fiber bernilai RM5,000 dan enjin sangkut berjenama Yamaha bernilai RM10,000.

Katanya, penyeludup ditahan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Sungai Mas untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen, manakala bot penyeludup serta barang rampasan telah diserahkan kepada Pasukan Polis Marin untuk siasatan lanjut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI