fbpx

Tiada pengecualian duti setem untuk anak dalam pindah milik harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang memberikan pengecualian duti setem bagi proses pindah milik hartanah daripada ibu bapa kepada anak mereka sendiri ketika ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, berdasarkan peruntukan sedia ada pengecualian tersebut hanya layak diberikan untuk pasangan suami isteri sahaja.

“Dalam Belanjawan 2020, kerajaan mengumumkan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus diberikan ke atas surat cara pindah milik bagi urusan pindah milik harta tanah atas dasar kasih sayang antara ibu bapa kepada anak atau sebaliknya.

“Hasrat pengecualian duti ini diberikan bagi menggalakkan urusan pindah milik harta antara ibu bapa dan anak dilakukan ketika hidup dan mengelakkan berlakunya permasalahan tuntutan harta selepas kematian antara satu pihak berkenaan.

“Hal ini juga bertujuan untuk mengurangkan kes tuntutan harta pusaka di mahkamah,” jelasnya ketika sesi pertanyaan menteri di sidang Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI