fbpx

Status kuning bagi semua masjid dan surau di Labuan – Jawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Jamek An-Nur, Labuan. - Foto LAMAN WEB JAKIM

PUTRAJAYA – Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Labuan akhirnya diletakkan di bawah status zon kuning selepas lebih dua bulan berstatus zon merah.

Status zon kuning bagi 16 buah masjid dan 16 buah surau Jumaat itu diumumkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi tempoh 16 hingga 22 Disember ini.

Jawi dalam kenyataan akhbar berkata, jumlah masjid dan surau Jumaat yang diletakkan di bawah status zon merah di Kuala Lumpur terus bertambah bagi tempoh 16 hingga 21 Disember ini.

“Sebanyak 28 buah masjid di Kuala Lumpur diletakkan bawah status zon merah kali ini berbanding 21 buah pada minggu sebelumnya.

“Manakala, jumlah surau dan surau Jumaat berstatus zon merah pula meningkat kepada 81 buah berbanding 58 buah pada minggu sebelumnya,” katanya.

Katanya, 28 buah masjid di Kuala Lumpur diletakkan bawah zon kuning dan 15 buah berstatus zon jingga.

Menurutnya lagi, sebanyak 55 surau Jumaat dan surau Jumaat dengan kebenaran khas di Kuala Lumpur diletakkan dalam status kuning manakala, 54 buah dalam kategori zon jingga.

Selain itu, katanya, tiada status zon merah ditetapkan bagi masjid dan surau di Putrajaya yang mana, sebuah masjid dikategorikan zon hijau manakala, 17 buah surau Jumaat di bawah kategori hijau dan 23 buah yang lain kategori kuning.

“Bagi masjid-masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula, Masjid Negara, Kuala Lumpur dikategorikan zon kuning manakala, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya pula zon hijau,” katanya.

Senarai penuh status masjid dan surau berdasarkan zon hijau, jingga, kuning dan merah itu boleh disemak menerusi laman rasmi Facebook Jawi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI