fbpx

Selangor optimis capai lima juta pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ( dua kiri) menyampaikan cenderhati kepada Duta kempen 'Nak Bercuti? Pusing Selangor Dahulu', Che Puan Juliana Evans pada pelancaran kempen tersebut dan Loy Sian (dua kanan). Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Di sebalik pandemik Covid-19, kerajaan negeri optimis mencapai sasaran lima juta pelancong ke Selangor  tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, sasaran itu disandarkan menerusi pelaksanaan kempen ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dahulu’ dalam merancakkan semula industri pelancongan yang terjejas akibat Covid-19.

Katanya, kebenaran merentas daerah dan negeri turut memberi peluang kepada pemain industri untuk bersama menyokong kempen yang dilaksanakan sehingga pertengahan tahun depan itu.

“Umum mengetahui negeri ini sememangnya menjadi destinasi pilihan pelancong asing dan tempatan sejak sekian lama.

“Justeru, kita berharap jumlah pelancong domestik khususnya kekal seperti tahun sebelumnya iaitu lima juta orang pada 2021,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen itu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Kempen promosi pelancongan dengan kerjasama Tourism Selangor itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dengan pelakon, Che Puan Juliana Evans dilantik sebagai Duta kempen tersebut.

Loy Sian menegaskan, kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta bagi pemberian 10,000 baucar subsidi pelancongan menerusi platform e-dagang.

“Kesemua baucar khas itu ditawarkan kepada 7,000 orang awam dan 3,000 petugas barisan hadapan di e-Dompet Touch n’ Go dan Lazada.

“Baucar bernilai RM200 setiap satu untuk kegunaaan di hotel, inap desa berlesen dan taman tema di Selangor itu boleh dibeli bermula 8 Januari depan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI