fbpx

RUU Pembiayaan Covid-19 diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2020, telah diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat hari ini sekali gus membolehkan peruntukan tambahan berjumlah RM20 bilion disalurkan kepada Kumpulan Wang Covid-19.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata tujuan utama kerajaan membentangkan RUU Penyakit Koronavirus (Pindaan) 2020 ke Dewan Rakyat hari ini bagi untuk menaikkan siling Kumpulan Wang Covid-19 sebanyak RM20 bilion iaitu daripada RM45 bilion kepada RM65 bilion berdasarkan keperluan semasa.

Tengku Zafrul berkata, tindakan berkenaan selari dengan desakan Ahli Parlimen agar kerajaan menaikkan peruntukan tambahan bagi menangani Covid-19 dari RM20 bilion diluluskan Dewan Rakyat, sebelum ini kepada RM45 bilion.

“Kenapa kerajaan tidak menaikkan peruntukan tambahan kepada RM45 bilion, sebab pertama Peruntukan wang Covid-19 sebanyak RM45 bilion dan bakal ditambah RM65 bilion adalah suntikan fiskal langsung.

“Kita harus ingat pakej rangsangan adalah bernilai RM305 bilion manakala Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion. Jumlah ini termasuklah sumbangkan pelbagai sumber termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), GLC dan agensi kerajaan, skim jaminan dan insentif percukaian.

“Saya menekankan perkara ini kerana usaha melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memulihkan ekonomi membabitkan sektor awam, swasta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat sendiri yang harus dilihat secara keseluruhannya,” katanya ketika membentangkan pindaan RUU Covid-19 di sidang Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI