fbpx

Rempuh gerai kuih akibat tertekan pedal minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan gerai kuih Zaimah yang rosak teruk dirempuh sebuah kereta Proton Perdana yang terbabas di Pasar Binjai, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Gara-gara tertekan pedal minyak kereta, sebuah kereta Proton Perdana yang dipandu seorang warga emas merempuh sebuah gerai kuih di Pasar Binjai di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.40 tengah hari itu, gerai kuih yang belum beroperasi rosak, manakala pemandu kereta yang seorang lelaki berusia 84 tahun pula cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, lelaki tersebut bersama isterinya ke Pasar Binjai untuk membeli barangan dari rumah mereka di Rumah Murah Binjai di sini.

“Dia tertekan pedal minyak sewaktu sedang meletakkan kereta Proton Perdana di tempat letak kenderaan di hadapan kawasan pasar.

“Impaknya kereta meluncur laju ke depan lalu melanggar pagar pasar sebelum merempuh dua meja simen sebuah gerai menjual kuih berhampiran,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, pemilik gerai, Zaimah Mat Ali, 55, berkata, sewaktu kejadian dia sedang menyiapkan kuih-muih jualannya di rumahnya tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Saya tergamam apabila dimaklumkan gerai kuih saya rosak teruk dilanggar sebuah kereta terbabas,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI