fbpx

Presiden Perancis positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron positif ujian Covid-19, kata pejabat Presiden hari ini.

Beliau merupakan salah seorang daripada sebilangan pemimpin dunia yang dijangkiti Covid-19 termasuk Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Macron positif Covid-19 selepas menunjukkan simptom awal. Beliau kini menjalani kuarantin selama tujuh hari berdasarkan undang-undang negara.

“Beliau akan terus bekerja dan melaksanakan tanggungjawabnya dari jauh,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan.

Perkembangan itu berlaku pada waktu sukar buat Macron ketika beliau berusaha untuk menangani krisis pandemik koronavirus di negaranya sendiri dan pada waktu sama, mengawasi dengan teliti perjanjian perdagangan Brexit di samping berdepan pelbagai isu antarabangsa lain.

Macron menghadiri sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) di Brussels minggu lalu manakala pada Isnin lepas beliau muncul di sebuah sidang anjuran Pertubuhaan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) di Paris.

Presiden Majlis Eropah, Charles Michel yang turut hadir pada sidang di Paris itu kini menjalani prosedur kuarantin, kata jurucakapnya.

“Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez yang turut hadir di Paris juga menjalani kuarantin, kata pejabatnya.

Berkutan perkembangan itu, lawatan Macron ke Lebanon pada minggu depan telah dibatalkan.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Perancis, Jean Castex akan mengkuarantin diri sendiri selepas berhubung dengan Macron, kata pejabatnya.

Isteri Macron, Brigitte juga akan menjalani sesi kuarantin walaupun beliau tidak menunjukkan sebarang simptom. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI