fbpx

Penyelia ditahan pasang bendera Malaysia, Selangor secara terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bendera Malaysia dan negeri Selangor yang dipasang secara terbalik di sebuah kilang kitar semula di Mahkota Utama, Beranang semalam.

PETALING JAYA – Seorang penyelia ditahan bagi membantu siasatan isu memasang bendera Malaysia dan negeri Selangor secara terbalik di sebuah kilang kitar semula di Mahkota Utama, Beranang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, bertindak atas maklumat awam pihaknya melakukan pemeriksaan di kilang tersebut sebelum mendapati bendera dipasang secara terbalik.

“Hasil soal siasat terhadap seorang lelaki yang juga penyelia kilang itu mengaku membeli dua bendera terbabit sebelum mengarahkan pekerja lain memasangkannya.

“Suspek ditahan kerana gagal memastikan bendera tersebut dipasang secara betul,” katanya di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI