fbpx

Lelaki didakwa bakar studio anime Kyoto Animation

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail pada 18 Julai 2019 menunjukkan kemusnahan sebuah studio animasi dalam satu serangan kebakaran di Jepun. – AFP

TOKYO – Pendakwa raya Jepun semalam mendakwa seorang lelaki dengan tuduhan serangan menyebabkan kebakaran ke atas studio animasi Kyoto Animation yang mengorbankan 36 orang pada tahun lalu, menurut media tempatan.

Shinji Aoba, 42, ditahan selepas melakukan serangan pada bulan Julai 2019, tetapi suspek dimasukkan ke sebuah hospital akibat luka melecur dalam insiden sama dan cuma sedarkan diri sebulan kemudian.

Pertuduhan dikenakan termasuk bunuh, cubaan membunuh dan serangan bakar, menceroboh dan melanggar peraturan kawalan senjata, menurut pejabat pendakwa raya Kyoto tanpa memberi butiran lanjut.

Lebih 30 orang lain dilaporkan cedera dalam serangan itu, dengan Aoba dituduh memecah masuk ke dalam bangunan studio berkenaan, menuang mi­nyak petrol di tingkat bawah dan membakarnya.

Suspek yang membakar studio Kyoto Animation dipindahkan ke balai polis Fushimi di Kyoto, Jepun pada 27 Mei lalu. – AFP

Aoba dilaporkan mengaku melakukan kebakaran itu dan menjerit ‘mati’ sebelum mula membakar.

Suspek mendakwa bahawa studio berkenaan mencuri hasil kerjanya, tetapi perkara itu dinafikan oleh Kyoto Animation.

Serangan tersebut mengejutkan industri anime dan juga kumpulan pe­minat di Jepun dan di seluruh dunia.

Aoba nyaris terbunuh akibat kecederaan yang dialaminya dalam serangan tersebut, kata seorang doktor yang merawatnya kepada akhbar Kyoto Shimbun.

“Suspek menjalani sebanyak 12 pembedahan rawatan graf kulit dan pihak hospital memilih untuk menggunakan kulit Aoba berbanding bekalan di bank graf untuk menyelesaikan isu kekurangan kulit untuk mangsa-mangsa lain,” kata doktor.

Selepas sedar, Aoba kelihatan sedih setelah menjalani rawatan dan pada September 2019, dia memperoleh semula keupayaan untuk bercakap. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI