fbpx

Kontraktor, subkontraktor SUKE didenda RM180,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedudukan bongkah konkrit yang berada di atas jejambat lebuh raya SUKE telah terjatuh dan menghempap sebuah kereta dinaiki seorang wanita di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Pihak kontraktor utama dan subkontraktor projek yang melakukan kerja Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dikenakan denda RM180,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak binaan lebuh raya itu, persidangan Dewan Negara dimaklumkan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tindakan tersebut dikenakan susulan kejadian konkrit struktur pembinaan lebuh raya itu jatuh dan menghempap sebuah kenderaan pada 19 September lalu.

“Kontraktor Utama iaitu MRCB Builders Sdn. Bhd. dikenakan penalti sebanyak RM80,000 manakala subkontraktor, Makna Setia Sdn. Bhd. pula berjumlah RM100,000.

“Kedua-dua kontraktor itu masing-masing didenda mengikut Seksyen 34B(1)(c) dan Seksyen 34C(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520), iaitu di bawah kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas pembinaan,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Md. Nasir Hashim yang ingin tahu berhubung tindakan terhadap kontraktor utama pada persidangan Dewan Negara hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI