fbpx

Kementerian Kewangan, BNM pantau moratorium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Jaminan telah diberikan oleh Kementerian Kewangan bagi memastikan pihak institusi kewangan mempermudahkan proses permohonan moratorium bersasar terutama kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang terjejas teruk akibat penularan Covid-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemantauan itu akan dibuat bersama Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan permohonan itu berjalan lancar.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, golongan B40 akan menerima moratorium ini secara automatik jika mereka membuat permohonan manakala M40 perlu mengemukakan pengisytiharan kendiri untuk dapatkan kelulusan dan tidak perlu dokumen, namun saya prihatin perkara dibangkitkan, mungkin ada masalah pentadbiran dan kita perlu memantau.

“Jesteru, saya bersama BNM akan cuba sedaya upaya untuk memastikan pihak bank membuat moratorium ini tidak menjadi sukar,” katanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Covid-19) 2020 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta Menteri Kewangan memberikan penjelasan sejauh mana kementerian melakukan pemantauan terhadap pemberian moratorium secara bersasar oleh bank dan institusi kewangan ketika ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI