fbpx

Hamil anak kedua, Ummi Nazeera alah dengan ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ummi bersama suaminya Mohd. Izzar Anwari Abdul Karim dan anak perempuan mereka Ayra Aneesah.

KUALA LUMPUR – Pelakon Ummi Nazeera yang kini hamil anak kedua mendedahkan, dirinya mengalami alahan yang teruk.

Menurut Ummi, 30, alahan teruk yang dialaminya ketara ketika usia kandungan sedang melalui trimester pertama.

Dia juga tidak boleh menjamah ayam sepanjang mengandung anak kedua yang kini memasuki usia empat bulan.

Selera makan saya agak pelik bila jadi terlalu memilih bab makanan. Sebelum ini saya suka makan ayam tetapi kehamilan kali ini saya tak boleh menjamah langsung makanan yang berasaskan ayam.

“Saya jadi pelik dengan perubahan diri dan sering muntah-muntah dan loya selepas makan dan dalam masa sama saya sudah lewat datang bulan, apabila membuat pemeriksaan kandungan, memang sah saya hamil dan ketka itu usia kehamilan sudah enam minggu.

“Alhamdulillah, saya sudah masuk trimester kedua. Alahan pun sudah semakin berkurangan. Memang jauh berbeza sewaktu hamil anak pertama yang mana saya tidak mengalami sebarang alahan dan muntah yang teruk seperti sekarang,” katanya ketika dihubungi K! Online.

Terdahulu, bintang drama Nur Kasih itu berkongsi berita gembira berkenaan menerusi Instagram miliknya.

Ujar Ummi lagi, gara-gara pembawakan budak, dia mengaku kini lebih cepat tersentuh dan sensitif.

Atas alasan itu, dia kini membuat keputusan untuk berehat seketika dalam dunia seni dan hanya akan kembali aktif setelah melahirkan dan selesai proses berpantang.

“Saya cepat berkecil hati. Bila bertanya pada suami, dia pun mengaku saya jadi lain bila mengandung kali kedua ini. Kadang-kadang kalau saya hendakkan sesuatu dan kalau tak dapat makan, saya akan mudah sensitif. Walhal sebelum ini, saya jenis yang tak kisah.

“Insya-Allah, saya dijangka bersalin pada awal Jun tahun hadapan. Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf pada pihak produksi kerana saya terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan atas faktor kesihatan.

“Tentang jantina anak, saya tak kisah lelaki atau perempuan. Saya cuma mohon semua orang mendoakan kesihatan saya dan bayi dalam kandungan ini sehinggalah hari kelahiran nanti,” katanya.

Ummi mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Izzar Anwari Abdul Karim pada 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ayra Aneesah yang kini berusia dua tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI