fbpx

Ditangkap selepas sebulan diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Pemburuan dua penjenayah yang memecah masuk sebuah rumah di Taman Palm Grove di sini hampir sebulan lalu berakhir apabila diberkas di Jalan Sungai Udang di sini semalam.

Penangkapan suspek berusia 25 dan 29 tahun itu dilakukan dalam tempoh kira-kira sejam setengah bermula 11 malam.

Turut ditahan adalah seorang lelaki berusia 23 tahun yang merupakan pembeli hasil curi mereka.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mereka dikehendaki susulan laporan polis berhubung kejadian pecah masuk pukul 9 pagi pada 19 November lalu.

Katanya, berdasarkan kejadian didapati kedua-dua suspek telah melarikan sebuah beg tangan, satu konsol permainan Xbox dan televisyen jenama Sharp.

“Hasil risikan kemudiannya berjaya menangkap kesemua suspek termasuk pembeli barangan hasil jenayah berkenaan.

“Turut dirampas adalah satu konsol permainan Xbox yang dipercayai dicuri dua suspek berkenaan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati dua suspek utama terlibat dalam kegiatan pecah rumah sejak sebulan lalu.

Shamsul Amar menegaskan hasil siasatan turut mendapati modus operandi adalah melakukan peninjauan dengan menaiki motosikal di kawasan perumahan yang tiada penghuninya.

“Suspek akan bertindak mengumpil gril dan pintu hadapan rumah mangsa bagi memecah masuk.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI