fbpx

Benzema penyerang terhebat Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA muncul wira apabila dua jaringannya membolehkan Real menewaskan Athletic pada aksi La Liga awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane menghambur pujian melangit kepada penyerangnya, Karim Benzema selepas meledak dua gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Athletic Club di Estadio Alfredo Di Stefano awal pagi semalam.

Pengendali berusia 48 tahun itu tanpa berselindung mengakui Benzema, 32, adalah penyerang dari Perancis yang lebih hebat daripada legenda-legenda Les Blues seperti Raymond Kopa, Michel Platini, Jean-Pierre Papin dan Thierry Henry.

“Benzema masih berjaya menjaringkan dua gol walaupun dia tidak berada pada prestasi terbaik hari ini. Pemain yang hebat seperti Benzema sentiasa memun­culkan diri ketika pasukan memerlukannya.

“Rekodnya dengan Real menceritakan segala-galanya. Bukan sahaja sudah bermain lebih daripada 500 perlawanan tetapi dia telah menjaringkan begitu ba­nyak gol dan memenangi pelbagai trofi di sini.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan yang amat penting ini. Ia kembali meletakkan Real pada landasan sebenar dan saya berharap momentum ini dapat diteruskan untuk perlawanan seterusnya,” kata Zidane.

Dua gol Benzema dan satu jari­ngan Toni Kroos membolehkan skuad juara bertahan kini mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan selain melonjak ke tangga teratas La Liga buat sementara waktu.

Sebagai rekod, bekas penye­rang Perancis itu telah memenangi empat gelaran Liga Juara-Juara dan tiga trofi La Liga bersama Real sejak menyertai gergasi Sepanyol tersebut daripada Lyon pada 2009. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI