fbpx

56 mangsa banjir Kemaman berpindah ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk memindahkan barangan berharga selepas rumahnya di Kampung Padang Kubu, Kijal dekat Kemaman mula dinaiki banjir hari ini.

KEMAMAN – Dua perkampungan di daerah ini iaitu Kampung Padang Kubu dan Ladang Sungai Mas, Kijal dekat sini dilanda banjir berikutan limpahan Sungai Tebak hari ini.

Kebanyakan rumah di dua kawasan tersebut telah ditenggelami air banjir sedalam kira-kira semeter mulai pukul 3 petang.

Penolong Kanan Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) Kemaman, Mohamad Hafiz Che Awang berkata, setakat pukul 5.30 petang, seramai 56 penduduk telah dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau berkata, seramai sembilan mangsa daripada tiga keluarga telah dipindahkan ke Masjid Kampung Sungai Mas manakala 47 mangsa daripada 13 keluarga pula berpindah ke Balairaya Kampung Padang Kubu dekat sini.

“PPS pertama dibuka di Masjid Kampung Sungai Mas pada pukul 3.30 petang manakala Balai Raya Kampung Padang Kubu pula mula diaktifkan pukul 5.30 petang.

“Beberapa kawasan rendah lain berhampiran seperti Kampung Teladas dekat sini juga dijangka akan dinaiki air pada masa terdekat memandangkan paras air kini menunjukkan trend menaik dan cuaca pula masih hujan renyai-renyai,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohamad Hafiz memberitahu, bilangan mangsa banjir di daerah tersebut dijangka akan meningkat lagi pada masa terdekat dan pihaknya telah meminta penduduk berkenaan agar membuat persiapan awal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI