fbpx

105 pegawai dan anggota polis Johor dikenakan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYOB KHAN.

JOHOR BAHRU – Seramai 105 pegawai kanan dan anggota polis berpangkat rendah di negeri ini dikenakan tindakan tatatertib melibatkan pelbagai kesalahan jenayah serta salah laku.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah tindakan itu membabitkan tempoh dari Januari sehingga semalam.

Menurutnya, daripada jumlah itu seramai 45 pegawai kanan dan anggota yang ditahan kerja, digantung kerja (14) dan dibuang kerja (46).

“Mulai Januari hingga kini, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Johor telah membuka 230 kertas siasatan melibatkan 32 pegawai kanan, pegawai rendah polis (246) dan dua pegawai awam.

“Kes salah laku adalah paling tinggi dengan sebanyak 154 kes manakala 46 kertas siasatan berhubung kes penyalahgunaan dadah,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, JIPS Johor turut membuka 161 kertas inquari tatatertib membabitkan 78 pegawai kanan serta 152 anggota pangkat rendah berkaitan tomahan dan surat layang.

Jelasnya, hasil siasatan yang dijalankan, seramai 32 pegawai dan anggota diambil tindakan tatatertib dibawah Peraturan 37 (dengan tindakan buang kerja atau turun pangkat).

Manakala, 162 dikenakan tindakan mengikut Peraturan 36 (bukan tujuan buang kerja atau turun pangkat) dan 37 dikenakan tatatertib dibawah Peratutan 33 (sabitan mahkamah).

“Tindakan buang kerja dijangka akan bertambah memandangkan masih terdapat kes tatatertib dalam siasatan dan perbicaraan mahkamah,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI