fbpx

UPSI universiti awam pertama bangunkan perpustakaan digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi universiti awam pertama di negara ini yang mewujudkan Perpustakaan Digital atau UPSI Digital Library untuk kemudahan penggunanya.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, inisiatif Ketua Pustakawan Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) UPSI, Siti Sumaizan Ramli itu bertepatan dengan situasi norma baharu sekali gus membantu mahasiswa dalam menjayakan pembelajaran mereka.

“Pandemik Covid-19 yang menyebabkan mahasiswa tidak dapat pulang ke kampus dan meneruskan pengajian secara bersemuka mendorong di Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City, Tanjung Malim, Perak.

“Perpustakaan Digital berpusat di Kompleks Akademik, Kampus Sultan Azlan Shah yang baru digunakan tahun lalu bermanfaat untuk kegunaan mahasiswa UPSI di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Perpustakaan Digital sebelum bersama-sama dengan pengurusan tertinggi UPSI melawat fasiliti disediakan di ruang yang tidak mempunyai sebarang buku dengan konsep ‘library as a place’.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Md. Amin Md. Taff; Pendaftar, Helmi Zaifura Abdul Rahman serta Bendahari, Mohamad Najib Mohamed.

Mohammad Shatar berkata, universiti tersebut mempunyai lebih sejuta bahan digital terutama buku dan jurnal elektronik yang boleh diakses mahasiswa dan staf.

“Saya berharap mahasiswa dapat menggunakan kemudahan yang dibangunkan dengan kos modifikasi sebanyak RM335,000 itu dengan sebaiknya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI