fbpx

Treler meletup, pemandu selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan api yang memusnahkan sebuah treler dan muatan palet dibawa di KM 187 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini, semalam.

MELAKA – Seorang pemandu treler berselisih ajal selepas kenderaan muatan kayu palet yang dibawanya tiba-tiba terbakar dan meletup ketika dalam perjalanan di Kilometer 187 Lebuh Raya Utara -Selatan arah selatan, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi itu, pemandu berusia 48 tahun berkenaan bagaimanapun sempat menyelamatkan diri selepas dikatakan terdengar bunyi percikan dan letupan api dari arah belakang tempat simpanan muatan.

Difahamkan treler terbabit dalam perjalanan dari arah Kedah menghala ke Batu Pahat, Johor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Hamdan Sudin berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 9.14 pagi.

Katanya, seramai 24 anggota termasuk pegawai dari BBP Ayer Keroh dan BBP Jasin Bestari dikejarkan ke lokasi kejadian bersama-sama tiga jentera.

“Setiba di tempat kejadian, kita dapati terdapat sebuah treler telah terbakar 80 peratus dengan bahagian belakang termasuk muatan palet kayu dibawa telah musnah sepenuhnya.

“Menurut maklumat awal, pemandu berkenaan telah ternampak percikan api dan bunyi letupan kayu sebelum bertindak memberhentikan kenderaan lalu memisahkan kepala trelar dan bahagian belakang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 15 minit kemudian.

“Pasukan forensik bomba masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI