fbpx

Tiada pegawai digantung tugas kes Macau Scam, judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan penglibatan seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Komisioner (DCP) yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam dan judi online.

Selain DCP bergelar Datuk itu, seramai 28 anggota dan pegawai polis lain turut disiasat atas dakwaan terlibat dengan sindiket yang sama.

Zamri Yahya

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya menjelaskan, setakat ini, tiada pegawai atau anggota polis yang telah digantung tugas berhubung siasatan JIPS dalam kes tersebut.

“Setakat ini, JIPS Bukit Aman masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengumpul keterangan dan bukti berhubung dakwaan penglibatan kesemua mereka dengan sindiket tersebut.

“Siasatan berhubung pembabitkan DCP dan pegawai serta anggota lain dalam sindiket ber­kenaan masih berjalan dan dijangka dapat diselesaikan pada awal tahun depan.

“Syor untuk tindakan lanjut akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas siasatan dilengkapkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan JIPS Bukit Aman sedang menjalankan siasatan terhadap 29 anggota dan pegawai pasukan beruniform itu yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam dan judi online.

Difahamkan, pegawai DCP itu bergelar Datuk dan berusia dalam lingkungan 50-an.

Selain itu, pihak polis turut menjalankan siasatan terhadap seorang Inspektor yang dipercayai mempunyai simpanan se­banyak RM1 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI