fbpx

Perkhidmatan Gmail alami gangguan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN/AFP

SAN FRANCISCO – Perkhidmatan e-mel kendalian Google, Gmail semalam mengalami gangguan sekali lagi sehari selepas hampir semua aplikasi di platform itu menghadapi masalah tidak dapat diakses sementara waktu.

Google berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dan menjangkakan perkhidmatan itu dapat beroperasi semula seperti biasa secepat mungkin.

“Pihak kami menyedari terdapat masalah dengan aplikasi Gmail yang memberi kesan terhadap sebilangan pengguna.

“Pengguna yang terjejas dilaporkan boleh mengakses Gmail, tetapi mereka mendapat mesej ralat, kependaman tinggi dan gangguan lain yang tidak dapat dijangka,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Google tidak mendedahkan jumlah pengguna yang terjejas atau punca sebenar gangguan tersebut.

Terdahulu, gangguan sementara yang berlaku kelmarin menyebabkan perkhidmatan Google termasuk Gmail, YouTube, Google Maps dan Google Calendar tidak dapat diakses jutaan pengguna.

Menurut laman web Downdetector, kira-kira 17,000 pengguna di negeri California yang menempatkan ibu pejabat Google melaporkan perkhidmatan Gmail mereka menghadapi masalah sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan).

Gangguan tersebut dilaporkan berlaku selama 45 minit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI